Nabi saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim).
(2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)
Menutup aurat adalah perintah Allah.
Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.
Bertaubatlah sebelum terlambat.
Cara bertaubat untuk tujuan ini ialah dengan menukar cara dan gaya pemakaian sedikit demi sedikit sehingga menutup semuanya..Cuma jangan tutup mata sudahlah.
.:Kewangan Islam Kini:.
Yang Halal itu nyata, dan yang Haram itu nyata..
Wednesday, January 18, 2012
Tuesday, May 17, 2011
Zakat dan perundangan - siri 2
Zakat dan perundangan merupakan satu topik yang hangat diperbincangkan.
Sayang sekali, banyak pengamal zakat (pihak berkuasa negeri) tidak mahir dan terdedah dengan perkara ini. Mereka lebih sibuk dengan isu kutipan dan kuasa mengutip serta politik dalaman institusi mereka atas sesama mereka sahaja.
Tidak kurang juga ada di kalangan para pengurus zakat di Malaysia sekarang ini sibuk membicarakan siapa yang kutipan zakat lebih banyak! Ada yang dah kutip zakat banyak namun tidak mahir mengagihkan zakat, malah lebih bergantung kepada seseorang yang lansung tiada kemahiran fiqh zakat , hanya mempunyai kemahiran 3G dalam mengurus zakat atau kewangan umat Islam. 3G ialah istilah umum untuk kemahiran (Goreng, Gebang dan Glamour).
Ada di kalangan pengurus pengurus zakat merasakan 'mereka lah segalanya' dan gila kuasa pun ada juga. Pendapatan tinggi menjadi fokus utama mereka. Mencipta peluang perniagaan untuk kenalan dan rakan mereka juga adalah fokus mereka.
Di sini sesuai dinyatakan kajian perbandingan antara undang-undang zakat yang ada di serata dunia dan ia telah mencatatkan kejayaan yang amat memberansangkan.
Di Syria contohnya, kutipan zakat telah mencecah RM880 juta setahun (2010). Agihannya diseliakan oleh gologan ulama dan bukan golongan 'pengurus kampung' yang menjad johan jampung sahaja!.
Di Yaman, amat senang hati bila kita lihat model kutipan dan agihan yang komprehensif tiada suatupun negeri di Malaysia yang mempunyai sebegitu.
Kuwait adalah pemain utama dan hampir menjadi peneraju sistem kutipan dan agihan di masa kini.
Apapun, penulis yakin para pengurus zakat di serata dunia luar tidak mengurus dengan menggunakan 'bomoh' dan 'dukun' untuk kepentingan mereka seperti kemahiran orang -orang siam, jawa dan banjar yang mengurus zakat.
Harap, kite selaku umat Islam sedar dan mencari yang terbaik untuk kita.
Saudara / saudari dialu-alukan memberi komen.. terima kasih
: )

Sunday, May 15, 2011
Zakat di dalam perundangan Islam-siri 1

Al-Quran merupakan perlembagaan Islam yang paling tinggi dan utama. Ia mengandungi dasar –dasar perundangan yang meliputi urusan muamalat, akidah, munakahat, jinayat, ibadat dan pelbagai lagi.
Setiap peruntukan undang –undang yang telah diperuntukkan di dalam al-
Quran akan diterjemahkan melalui al-Quran sendiri atau melalui Hadis Nabi saw. Ini yang dinamakan dengan penafsiran al-Quran.
Tidak ketinggalan juga di dalam bidang pengurusan zakat yang telah diletakkan oleh agama Islam sebagai rukun. Perkataan zakat telah disebut di dalam al-Quran lebih dari 82 kali. Ini menunjukkan tentang pentingnya kedudukan dan peranan zakat di dalam kehidupan umat Islam.
Selain dari itu, terdapat lebih dari 26 tempat al-Quran telah menyebut perintah menunaikan solat bersama dengan menunaikan zakat dalam bentuk ( وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة) di mana perkataan zakat disebut secara bersama dengan perintah menunaikan solat sebanyak 26 kali. Sebagai contoh ialah :
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Maksudnya: Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat serta sujudlah (wahai orang-orang beriman) bersama –sama orang yang ruku’
[al-Baqarah : 43]
Friday, April 1, 2011
Kisah ceria siri 3
Ikuti kisah menarik di dalam siri terbaru ini.. Sama -sama kita ambil pengajaran darinya.. : )
Besadaqah dapat menjadi penawar penyakit
Pernah terdengar sebuah hadis sahih?
.. mengisahkan tentang fadilat memberi sadaqah kepada orang lain dan faedahnya, ia akan menjadi penawar kepada sakit dan penyakit..
.. dalam erti kata yang lain, seseorang yang ingin menghindari dari penyakit, perlulah menjadikan sadaqah itu suatu 'regular' amalan di mana -mana walaupun sedikit.. asalkan ikhlas..
Let's us start SADAQAH... a tribute to Tabung Sadaqah UiTM, UIAM, Surau al-Hidayah Apt Saujana dan Persatuan Pendidikan Akhlak Kuala Lumpur..
p/s: masih ramai yang memerlukan bantuan dari kalangan kita yang memerlukan...

Monday, March 7, 2011
Sumber ketiga di dalam sistem kewangan Islam -al-Kharaj
al-Kharaj,
Satu bentuk levi yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas para peniaga.
Kadarnya ialah 1/10.
Asal amalan ini ialah di zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a.
Prospek pembayar cukai al-Kharaj ini ialah orang-orang bukan Islam (peniaga) yang memasuki negara Islam.
Perbelanjaan hasil al-Kharaj ialah diperuntukkan untuk pentadbiran negara dari segi gaji kakitangan kerajaan, elaun ulama, pembinaan bangunan awam, gaji para hakim dan pemerintah, elaun kerabat Rasulullah saw, elaun para Sahabat, gaji tentera dan saguhati orang awam yang di dalam kemiskinan.
Antara kadar pemberian yang pernah direkodkan ialah : 120,000 dirham untuk umuhatul mukminin (isteri Rasulullah saw).

Friday, March 4, 2011
Jika sesuati itu terjadi kepada suami anda... pasti anda akan katakan..
Alangkah baiknya jika suami saya telah mempunyai perlindungan Takaful dan saya mendapat pampasan sebanyak RM250,000 untuk diri dan anak-anak. Dan juga, jika sesuatu buruk menimpan sahabat anda, lalu balunya dan anak-anak yatim itu menerima RM250,000, adakah mereka akan mengutuk anda kerana memperkenalkan saya kepada mereka ?!
Subscribe to:
Comments (Atom)