
Al-Quran merupakan perlembagaan Islam yang paling tinggi dan utama. Ia mengandungi dasar –dasar perundangan yang meliputi urusan muamalat, akidah, munakahat, jinayat, ibadat dan pelbagai lagi.
Setiap peruntukan undang –undang yang telah diperuntukkan di dalam al-
Quran akan diterjemahkan melalui al-Quran sendiri atau melalui Hadis Nabi saw. Ini yang dinamakan dengan penafsiran al-Quran.
Tidak ketinggalan juga di dalam bidang pengurusan zakat yang telah diletakkan oleh agama Islam sebagai rukun. Perkataan zakat telah disebut di dalam al-Quran lebih dari 82 kali. Ini menunjukkan tentang pentingnya kedudukan dan peranan zakat di dalam kehidupan umat Islam.
Selain dari itu, terdapat lebih dari 26 tempat al-Quran telah menyebut perintah menunaikan solat bersama dengan menunaikan zakat dalam bentuk ( وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة) di mana perkataan zakat disebut secara bersama dengan perintah menunaikan solat sebanyak 26 kali. Sebagai contoh ialah :
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Maksudnya: Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat serta sujudlah (wahai orang-orang beriman) bersama –sama orang yang ruku’
[al-Baqarah : 43]
No comments:
Post a Comment