Tuesday, May 17, 2011

Zakat dan perundangan - siri 2

Zakat dan perundangan merupakan satu topik yang hangat diperbincangkan.

Sayang sekali, banyak pengamal zakat (pihak berkuasa negeri) tidak mahir dan terdedah dengan perkara ini. Mereka lebih sibuk dengan isu kutipan dan kuasa mengutip serta politik dalaman institusi mereka atas sesama mereka sahaja.

Tidak kurang juga ada di kalangan para pengurus zakat di Malaysia sekarang ini sibuk membicarakan siapa yang kutipan zakat lebih banyak! Ada yang dah kutip zakat banyak namun tidak mahir mengagihkan zakat, malah lebih bergantung kepada seseorang yang lansung tiada kemahiran fiqh zakat , hanya mempunyai kemahiran 3G dalam mengurus zakat atau kewangan umat Islam. 3G ialah istilah umum untuk kemahiran (Goreng, Gebang dan Glamour).

Ada di kalangan pengurus pengurus zakat merasakan 'mereka lah segalanya' dan gila kuasa pun ada juga. Pendapatan tinggi menjadi fokus utama mereka. Mencipta peluang perniagaan untuk kenalan dan rakan mereka juga adalah fokus mereka.

Di sini sesuai dinyatakan kajian perbandingan antara undang-undang zakat yang ada di serata dunia dan ia telah mencatatkan kejayaan yang amat memberansangkan.

Di Syria contohnya, kutipan zakat telah mencecah RM880 juta setahun (2010). Agihannya diseliakan oleh gologan ulama dan bukan golongan 'pengurus kampung' yang menjad johan jampung sahaja!.

Di Yaman, amat senang hati bila kita lihat model kutipan dan agihan yang komprehensif tiada suatupun negeri di Malaysia yang mempunyai sebegitu.

Kuwait adalah pemain utama dan hampir menjadi peneraju sistem kutipan dan agihan di masa kini.

Apapun, penulis yakin para pengurus zakat di serata dunia luar tidak mengurus dengan menggunakan 'bomoh' dan 'dukun' untuk kepentingan mereka seperti kemahiran orang -orang siam, jawa dan banjar yang mengurus zakat.

Harap, kite selaku umat Islam sedar dan mencari yang terbaik untuk kita.

Saudara / saudari dialu-alukan memberi komen.. terima kasih
: )

No comments:

Post a Comment